JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Isnin, Februari 25, 2008

Tahniah Kelab Pelancongan!

Jumaat lalu (22/2/08)...Kelab Pelancongan telah berjaya melancarkan logo barunya serta blog bagi kemudahan sumber maklumat dan komunikasi. Majlis ringkas ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hospitaliti, Tn. Syed Shikh Syed A. Kadir dengan harapan ahli-ahlinya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kelab bagi meningkatkan kreadibiliti dan keterampilan pelajar. Selain itu, beliau mencadangkan agar Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan blog agar ia dapat mencapai akses yang lebih meluas. Turut hadir pada majlis itu ialah Pn. Azila Binti Abdul Wahid, Ketua Kursus Pengurusan Pelancongan, para pensyarah pengurusan serta pelajar-pelajar kursus pelancongan. Sebagai pengerusi kelab, Saudara Ahmad Zukhairi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan terlibat sama dalam program-program yang telah dianjurkan oleh pihak kelab.

0 comments:

Catat Ulasan