JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Selasa, Oktober 30, 2012

Pameran & Pembentangan Projek Inovasi DUP6

Banner Projek DUP6 MyInovasi2012

Semua warga PIS dijemput hadir memeriahkan pameran projek inovasi pelajar DUP6 pada 1-2 November 2012 di Galeri JPH bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Pameran bertemakan produk MyInovasi 2012.

iCe Carnival 2012 & Temuduga Terbuka

ICE Carnival 2012

iCe Carnival 2012 diadakan pada 30-31 Oktober 2012 bertempat di Dewan Serbaguna PIS dengan pengisian beraneka jenis pameran berteraskan inovasi, kerjaya dan keusahawanan, oleh warga PIS dan organisasi luar. JKM menjadi urusetia bagi anjuran kali ke-2 ini.

Terdapat 3 kumpulan pelajar DHK6 dan 3 kumpulan pelajar DUP6 mempamerkan hasil kreatif produk inovasi mereka di ruang legar tengah dewan. Pameran mereka ini berdasarkan pertandingan MyInovasi2012 seliaan Pn. Azila dan semua pensyarah kursus Projek Akhir semester 6. Manakala demonstrasi 'food carving' oleh pelajar DHK seliaan Pn. Nor Marlina dipilih untuk dipertontonkan di atas pentas dewan. Penyelaras iCe Carnival 2012 (JPH) ialah Pn. Zaiton manakala jamuan VIP diurus oleh En. Amin dan Pn. Rut.

Bagi pelajar semester akhir DHK6/DUP6 JPH dan pelajar PIS, anda dijemput untuk menghadiri  temuduga terbuka  di pejabat JPH pada 30 Oktober 2012. Antara panel industri yang bersetuju menjalankan sesi temuduga itu ialah Pulai Springs Resort dan Infotrade. Hadir jangan tak hadir! Tak salah untuk anda mencuba bagi mengetahui 'kebolehpasaran' anda di luar sana. Jangan lupa bawa  RESUME  untuk sesi tersebut. Sila berjumpa dengan Cik Fatimah (wakil Unit Kerjaya JPH), Pn. Fazira (hotcat) dan Pn. Ean Na (tourism) untuk maklumat lanjut.

Rabu, Oktober 24, 2012

PIS (JPH) Menang di Anugerah Pelancongan Johor 2012


Johor Tourism Award 2012

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dinobatkan sebagai pemenang anugerah kategori 'Best Tourism Education and Training Provider' di Anugerah Pelancongan Johor 2012 pada 24 Oktober 2012 di Persada Johor. PIS membawa pulang trofi berbentuk menara Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor beserta sijil. Anugerah disampaikan kepada Pengarah PIS Tuan Hj. Azizi Bin Lin. Turut hadir ialah Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Hjh. Rosnah Binti Rahmat, Ketua Program Pengurusan Hotel & Katering dan Pengurusan Pelancongan, Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi serta staf JPH.

PIS bersaing dengan Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) bagi kategori yang sama. Penilaian anugerah telah dilakukan di Pulai Springs Resort, Skudai, Johor seminggu sebelum malam anugerah berlangsung. PIS antara yang dicalon-pendekkan, dengan mengetengahkan produk Poly-Cuisine dan Poly-Travel dibentangkan oleh En. Mohd. Amin Bin Zakaria dan Pn. Nur Hidayah Binti Zulkifli.

Pada malam itu, Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah memperkenalkan sebuah lagu rasmi pelancongan negeri Johor. Lagu tersebut ditulis oleh komposer Ajai dan dinyanyikan oleh Naib Juara MyStarz LG musim ke-2, Wana anak kelahiran negeri Johor. Tajuk lagu dan pra-dengar lagu akan diberitahu dan diletakkan link di blog ini tidak lama lagi. ~ Laporan penuh oleh Cik Nor Akashah Kassim [ klik sini ]


Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Pelancongan Johor 2012:

 
A. ACCOMODATION CATEGORY 

Diamond Award  For City Hotel (4/5 Stars )
Thistle Hotel
Diamond Award  (Resort Hotel) (4/5 Stars)
Pulai Springs Resort
Gems Award (City Hotel)(3 Stars)
Grand Bluewave Hotel
Pearl Awards (Budget Hotel)(Orchid Hotel / Budget Hotel)
Grand Sentosa Hotel Johor Bahru
 
 
B. RESTAURANT CATEGORY 
Clove Award
Qing Palace Restaurant 
Cardamon Award
Restaurant Rahmat Pasir Gudang
Golden Wok
Jade Garden Restaurant
 
 
C. TOURISM SERVICES CATEGORY 
Best Travel Agent
Prima Sierra Holidays
Best Tourist Guide  (City)
Tn. Hj. Suleiman bin Salleh
Best Tourist Guide (Nature)
N/A
 
 
D. TOURISM PRODUCT CATEGORY 
Eco –Tourism
N/A
Homestay
Homestay Kampung Sinaran Baru
Agrotourism
Nasuha Herbs & Spices
Golfer’s Choice
Nasuha Herbs & Spices
 
 
E. TOURISM OUTSTANDING CONTRIBUTOR CATEGORY 
Most Active Governmental Organization 
KEJORA
Most Active Non-Governmental Organization
Persekutuan Tionghua Johor Bahru
Best Tourism Education & Traning Provinder
 Politeknik Ibrahim Sultan 
 
 
F. TOURISM MAKETING & MEDIA CATEGORY 
Best Tourism Website
Kota Iskandar Website
Best Tourism Article (Print)
Gayathiri SK (Paradise at Tanjung Balau)
Best Johor Destination Photograh 
Lek Kah Meng
 
 
G. EVENTS CATEGORY 
Best International Event 
Festival Layang-Layang
Best Domestic Event
Kraf Malaysia Fair

~ Sumber: JohorTourism.com's news [ klik sini ]

Isnin, April 23, 2012

Peperiksaan Akhir PIS sesi Disember 2011

Good Luck in the Final Examination!

Kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Industri sesi Jun 2012, pastikan anda melengkapkan semua dokumen dan hantarkan kepada P.A. / Penyelaras L.I. JPH / Pegawai L.I. PIS sebelum anda pulang ke kampung >> info lanjut klik [ pautan ]. Pelajar semester 5, cetak segera sejurus keputusan L.I. sesi Julai 2011 anda keluar untuk mengelakkan sebarang masalah. Kepada pelajar semester 6, pastikan anda menghantar laporan akhir Projek berjilid kepada penyelia masing-masing sebelum 26 April 2012.

Selamat berjaya semua !

Selasa, April 17, 2012

Pertandingan Menyanyi Terbuka PIS

Banner - Pertandingan Menyanyi Lagu 1Malaysia Konvo

Sepanjang Majlis Konvokesyen ke-14 PIS ini berlangsung, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan suasana di Pesta Konvo PIS sekitar dataran Dewan Serbaguna antaranya ialah pameran pelajar JPH pada 16 - 19 April 2012 dan Pertandingan Menyanyi Terbuka PIS pada 17 April 2012 berkonsepkan 1Malaysia anjuran JPH.

Isnin, April 16, 2012

Majlis Konvokesyen ke-14 Politeknik Ibrahim Sultan

Konvo PIS ke-14

Majlis Konvokesyen ke-14 PIS berlangsung mengikut Jabatan masing-masing bermula 16 - 19 April 2012 bertempat di Dewan Serbaguna PIS. Bagi graduan JPH, majlis berlangsung pada 19 April 2012 (Khamis). Maklumat lanjut sila layari portal rasmi PIS -> http://www.pis.edu.my/.

Sabtu, April 07, 2012

Tari Ujong Tanah Mencipta Kejayaan di FESCO 2012

FESCO 2012

Kombinasi Tarian Zapin Johor dan Tarian Joget berjaya memberikan Pingat Gangsa kepada Politeknik Ibrahim Sultan ditarikan oleh penari-penari Tari Ujong Tanah (antaranya pelajar-pelajar DUP & DHK) dalam "Festival Of Colours Of The World 2012" atau FESCO 2012 anjuran Universiti Teknologi Petronas .

Sebanyak 32 pasukan tempatan dan luar negara menyertai pertandingan yang diadili oleh 8 juri profesional pada 7 April 2012 di Dewan Canselor UTP. Sekolah Seni Johor mencatat keputusan terbaik di samping Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta Indonesia.

Semoga sedikit kejayaan ini dapat dijadikan platform membantu perkembangan dan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai Hub Warisan Tradisi Johor. Tahniah Tari Ujong Tanah !!!

- berita daripada portal rasmi PIS [ pautan ]

Jumaat, April 06, 2012

Karnival Hospitaliti 2012 - Kek Gulung Terpanjang Malaysia

Swiss Roll - Banner Panjang (2x6 kaki) - maggi

5 April 2012 - JPH berjaya memecah rekod baharu dalam penghasilan kek gulung (Swiss roll) terpanjang di Malaysia, percubaan ini disahkan oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Secara rasmi, pengesahan rekod baharu itu dibuat oleh Y.B. Datuk Munusamy A/L Mareemuthu, ADUN Permas dengan menandatangani sijil MBR di pentas utama atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang disaksikan oleh Pengarah PIS, Tuan Haji Azizi Lin dan wakil Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Kek gulung terpanjang ini dibuat sempena Karnival Hospitaliti 2012 anjuran Program Pengurusan Hotel & Katering JPH. Beberapa aktiviti pelajar diadakan seperti Pameran Inovasi Makanan oleh pelajar DHK6, Pameran Interpretasi Pelancongan oleh pelajar DUP6 dan Pertandingan JPH English Day.

Bagi pelajar DUP6, pameran untuk H5049 : Tourism Attraction Management Project adalah berdasarkan hasil kajian mencipta inovasi bahan dan program berbentuk interpretasi pelancongan di destinasi pelancongan terpilih iaitu Sarang Buaya Pasir Gudang, Zoo Johor dan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Maklumat lanjut sila muat turun 'Laporan Karnival Hospitaliti 2012' [ klik sini ] dan galeri gambar sepanjang karnival berlangsung [ klik sini ].

Isnin, Mac 12, 2012

Pertandingan Futsal Kelab Pelancongan 2012

Tarikh : 24 - 25 Mac 2012
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : Gelanggang Futsal PIS

Bayaran penyertaan : RM40 sepasukan
Terbuka kepada warga Jabatan Pelancongan & Hospitaliti

Tarikh tutup penyertaan : 20 Mac 2012
Tarikh undian kumpulan : 22 Mac 2012

Sebarang pertanyaan : Tam (BUP4) & Syafiq (BUP4)

Sabtu, Februari 18, 2012

JPH PIS Menggondol Pingat Gangsa di MTE 2012

MTE 2012

18 Februari 2012 - Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa (bronze medals) di Malaysia Technology Expo (MTE) 2012. JPH memenangi 1 pingat gangsa bagi "Lemon Grass Powder" oleh pensyarah Program Pengurusan Hotel & Katering dan 1 pingat gangsa lagi bagi "The Legendary Bamboo Recreational Park in Pasir Gudang, Johor" oleh kumpulan pelajar Program Pengurusan Pelancongan (ex-DUP6B) diketuai oleh Abdul Hadi Abdullah.

The Legendary Bamboo Recreational Park sebenarnya adalah salah satu projek akhir pelajar bagi kursus H5049 : Tourism Attraction Management Project di bawah seliaan pensyarah Tuan Syed Shikh Syed A. Kadir. Tahniah Hadi atas kejayaan anda !!! Semoga sukses dalam apa jua bidang yang diceburi..