JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Rabu, Februari 20, 2008

Tentang Kelab

Kelab Pelancongan mula ditubuhkan pada tahun 1999 dengan bimbingan pensyarah-pensyarah Unit Pengurusan Pelancongan, Jabatan Hospitaliti. Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar dalam mengurus dan mengendalikan sesebuah organisasi dan menjalankan aktivit-aktiviti yang berteraskan pelancongan. Justeru itu, ia akan dapat melahirkan pelajar-pelajar berketrampilan dan berkualiti selaras dengan matlamat Falsafah Pendididkan Negara. Pelbagai program yang dirancang adalah untuk memastikan kegiatan kelab dapat dijalankan secara berterusan dan ahli sentiasa bergiat aktif dan terlibat sama dalam semua program yang dianjurkan. Selain itu pengalaman yang diperolehi dapat membantu ahli dalam proses pembelajaran di politeknik.

Motto'Bersama Membina Kecemerlangan'

Objektif Penubuhan
1) Memberi pendedahan kepada ahli mengenai bidang pengurusan pelancongan.
2) Meningkatkan keyakinan ahli dalam penganjuran program dan kemahiran komunikasi.
3) Memberi peluang kepada ahli dalam mempertikatkan kreativiti melalui bimbingan pensyarah-pensyarah pengurusan pelancongan.
4) Mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama sesama ahli dan pensyarah.

0 comments:

Catat Ulasan