Biro Kebudayaan telah menganjurkan Kelas Tarian Zapin dan Kontemporari kepada ahli kelab pelancongan yang berminat. Kelas tarian ini dianjurkan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dan memberi pendedahan kepada pelajar yang berminat dalam seni kebudayaan. Kelas akan diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Khamis, bermula jam 5.30 petang. Tiada yuran dikenakan. Kepada pelajar yang berminat, penyertaan anda dialu-alukan.
0 comments:
Catat Ulasan