JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Rabu, April 02, 2008

Best Giler.....


Tahniah! diucapkan kepada para pelajar DUP 3 (A&B) kerana telah berjaya menganjurkan program Retraneka 2008 (Sukaneka Rakyat) yang julung kalinya diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim di antara pelajar dan pensyarah di samping memelihara warisan pemainan tradisional. Pelbagai aktiviti menarik seperti 'cocunut bowling, 'kick square' dan cabutan bertuah telah disediakan untuk para peserta. Sepanjang program berlangsung, acara-acara yang dijalankan telah mengamatkan suasana di dewan serbaguna PJB dengan sorakan para penyokong setiap kelas dan pensyarah yang mengambil bahagian. Juara keseluruhan dimenangi oleh kelas DUP 2B yang berkongsi jumlah markah yang sama dengan pasukan yang diwakili oleh para pensyarah. 'Demi semangat kesukanan, pasukan pensyarah telah memberi kemenangan kepada kelas DUP 2B'. Walau bagaimanapun, semua pasukan bertanding tidak pulang dengan tangan kosong kerana pihak penganjur telah menyediakan hadiah istimewa bagi menghargai komitment yang diberi. Pihak penganjur dan kelab ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin pada program-program yang bakal dijalankan pada masa hadapan.

1 comments:

  1. aisehmen...kelas ku menang la beb..nk wt cmner dh rezki.tq la lect2 ku yewr..huhu...

    BalasPadam