JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Jumaat, April 04, 2008

Menyingkap Keajaiban Tahajud

Oleh ZUARIDA MOHYIN (Utusan Malaysia, 4 April 2008)
BILA disebut solat tahajud, pasti yang tergambar di minda kita ialah hikmah dan manfaat yang diperoleh hasil daripada pengamalan ibadat sunat tersebut. Firman Allah SWT: Orang yang solat tahajud akan memperoleh bermacam-macam nikmat yang menyejukkan pandangan mata (as-Sajdah: 16 hingga 17), tutur kata yang berkesan, mantap dan berkualiti, qaulan tsaqila (al-Muzzammil: 5). Manakala dalam surah al-Israk ayat 79 menjelaskan pengamalnya memperoleh tempat yang terpuji, maqaman mahmudah, baik di dunia mahupun di akhirat dan di sisi Allah. “Selain itu, bersolat tahajud juga dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit” (riwayat al-Tirmizi). Dalam hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa solat tahajud itu memiliki manfaat praktis, baik dari segi keagamaan mahupun dari sudut kesihatan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa solat tahajud ini dapat menjaga homeostasis tubuh. Ini bererti Allah mensyariatkan solat tahajud dan supaya dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan bukan untuk kepentingan Allah semata-mata tetapi demi kepentingan yang menjalankan itu sendiri. Hal ini dijelaskan dalam surah al-Jasiyah ayat 15 yang bermaksud: Sesiapa yang menjalankan amal soleh, maka itu adalah untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri...

0 comments:

Catat Ulasan