JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Khamis, Mei 01, 2008

Argh....! Penat....lenguh....lapar....haus....semuanya bermain dalam kepala otak pakcik....ada orang tu sampai ter'parkinston' (siapa yg pegi...tahulah siapa sebut perkataan ni).....tulah perasaan masa pakcik nak daki Gunung Stong. Orang suruh 'training'....buat 'preparation' fizikal...tak nak....dah 'teror'lah katakan....bila daki....hidung jadi 'blow-of turbo'....kembang kempis kembang kempis....puss.......tapi apa-apa pun rintangan yg pakcik hadapi.....dengan berbekal semangat yang sangat kental (kental lah sangat)....sampai gak kat Kem Baha yang amik masa 2 jam untuk sampai dari kaki gunung.

Kat Kem Baha pakcik and the geng 'set-up' khemah....solat jamak taqdim dan bukannya jamak 'tak yah'...lepas tu gi tengok 'scenery' kat curam batu air terjun.....Fuh! pakcik rasa macam 'Superman' tengah terbang....mana taknye...dapat tengok permandangan kampung, hutan dari atas....apa lagi...semua geng pakcik berposinglah macam artist untuk amik gambar kat situ termasuklah pakcik....he....he....buat kenang-kenangan beb. Bab paling 'best' masa program tu ialah time masak ramai-ramai.....bermacam-macam resepi geng pakcik masak....ada yang masak ayam kicap...ayam sambal...dan macam-macam lagilah....siapa yang tak ikut rugilah sesangat (khas untuk Syi)....siapa cakap budak-budak 'tourism' takleh masak....'see the leg first' lah......sedap atau tidak lain cerita janji kenyang....malam tu semua tidur awal 'coz' nak 'gain energy' untuk esok pagi.

Esoknya kul 6.00 pagi geng-geng pakcik dah bangun....solat subuh...lepas tu masak untuk pecah cepat ('breakfast'lah)....sesekali tengok macam makcik and pakcik kantin lak geng-geng pakcik ni....6.30 pagi semua gi tengok permandangan kat tempat pakcik and the geng pegi semalam....MasyaALLAH....tersangatlah cantik masa tu....apa taknya....kita orang berada atas dari awan putih yang berkepul macam kapas tu....jangan jeles....macam biasa semua berposing untuk bergambar....En. Azam dan En. Yaziz sempat makan 'breakfast' kat situ....tepat kul 8.00 pagi....kita orang 'start' mendaki ke puncak Gunung Stong...'budget' dalam kul 12.00 tengah hari sampai....itupun kalau semuanya jalan cepat. Masa dalam perjalanan....3 kali berhenti berehat....Alhamdulillah....pakcik and the geng sampai kat puncak kul 1.00 ptg....puncaknya tak lah besar sangat....cukup-cukup untuk 'group' pakcik....kat situ ada 3 ekor tupai....pakcik namakan tupai 'Alvin', 'Simon' and 'Theodore'....sambil-sambil rehat....geng pakcik bagi makan kat tupai-tupai tu....kul 2.00 petang semua bertolak turun ke Kem Baha. Sampai jer kat kem....mandi....solat dan terus masak untuk 'dinner'. Malam tu semua tidur awal 'coz' kepenatan.

Esoknya kul 5.00 pagi kita orang dah bangun 'get ready' untuk turun dari Kem Baha. Nak tahu kenapa awal sangat....sebab nak kejar 'train' kul 9.00 pagi kat Stesen Dabong untuk pegi ke Stesen Wakaf Bharu. Masa nak turun tu susah gak....keadaan masih gelap lagi....lutut dan peha sakitlah sesangat....walaupun dah beritahu bawak 'torch light' ada gak geng pakcik yang sengal tak bawak....lantak dia oranglah....Kesian kat Mala coz kaki terseliuh....tapi kuat semangat dapat gak turun walaupun sakit....Kul 7.30 pagi kita orang sampai kat kaki gunung dan terus naik van ke Stesen Keretapi Dabong. Sebelum 'train' sampai....pakcik and the geng makan 'breakfast' kat situ ber'menu'kan nasi bungkus. Tepat kul 9.30 kami bertolak naik 'local train' ke destinasi seterusnya....Dalam train geng pakcik lepak tidur....ada yang makan jajan yang dibeli dari abang yang bawak bakul penuh dengan kacang bungkus, asam asin dan buah pauh....yang paling 'best'....pakcik and the geng dapat masuk ke kepala keretapi.....tempat 'pilot' memandu tu....

Memandang kita orang sampai Kota Bharu lewat dari 'actual time'....lawatan ke muzium dibatalkan 'coz' semua muzium dah tutup bila kita orang sampai....tapi sempat pegi MTPN Kelantan untuk taklimat industri pelancongan kat Kelantan. Sebelum taklimat, kami dijamukan dengan nasi ulam. 'Sponsor by' MTPN....apalagi melantak puas-puaslah kita orang....'Time' taklimat....pakcik bangga sangat ngan geng-geng pakcik bila time sesi soal jawab....semua soalan bertarafkan soalan-soalan pensyarah....iyelah tu....Habis jer taklimat pakcik and the geng pegi 'shopping' kat Pasar Siti Khadijah....banyak gak geng-geng pakcik beli. Lepas tu kita orang berangkat balik ke PJB.....yahoo.......!Akhir sekali, pakcik nak ucapkan tahniah pada semua perserta coz dapat menawan puncak Gunung Stong....!

0 comments:

Catat Ulasan