Setelah sekian lama tak buat 'posting', akhirnya berjaya juga membuatnya untuk makluman dan bahan bacaan (ex) pelajar dan pensyarah. Minggu lepas (15hb hingga 17hb Oktober 2008), pelajar-pelajar diploma kursus Pengurusan Pelancongan telah menjalankan Program Kajian Ilmiah Pelancongan Berkekalan (H5063) di Pulau Tioman. Program ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar berkenaan isu-isu yang dihadapi oleh pelancong pulau (island tourism) khususnya Pulau Tioman dan juga sebagai pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah. Untuk makluman semua (ex)pelajar, buat julung kalinya program ini telah disertai oleh PENGARAH POLITEKNIK JOHOR BAHRU iaitu En. Shahbudin Bin Man dan juga KETUA JABATAN HOSPITALITI, Tuan Syed Shikh bin Syed A. Kadir dalam usaha menyokong aktiviti pelajar di luar bilik kuliah. Semua sedia maklum bahawa kursus Pengurusan Pelancongan memerlukan pelajar didedahkan dengan pengalaman secara langsung bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. Pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah PJB atas sokongan dan kesudian beliau meluangkan masa bagi mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Pelancongan. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan Hospitaliti dan juga pelajar-pelajar SUP4(08) kerana telah menghasilkan sehelai 'banner' (hasil kerja pelajar bagi modul Interpretasi Pelawat) bagi tujuan program tersebut. Semasa program dijalankan, pelajar-pelajar telah diberi taklimat oleh Lembaga Pembangunan Tioman (aspek pembangunan), Jabatan Taman Laut (aspek pemuliharaan & pemeliharaan) dan Ketua Kampung Tekek (aspek sosial, ekonomi & budaya). Apa yang dapat dirumuskan ialah banyak maklumat yang diperolehi oleh para pelajar bagi usaha menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Semoga para pelajar dapat menghasilkan laporan akhir yang memuaskan. Tidak lengkap apabila melancong di pulau jika tidak melakukan aktiviti 'snorkeling' dan mandi-manda di pantai. Setelah penat membuat kajian di sekitar Kampung Tekek, para pelajar telah menjalankan beberapa aktiviti riadah yang telah disediakan oleh AJK program. Seronok tidak terkata semua pelajar.....
0 comments:
Catat Ulasan