
Pantasnya masa berlalu, pejam celik pejam celik....dah sampai ke penghujung tahun 2008 yang telah banyak meninggalkan kenangan manis dan sedih kepada UPP. Sepanjang 2008 banyak program telah berjaya dianjurkan oleh UPP. Kerjasama erat antara pelajar-pelajar dan para pensyarah penasihat telah membuahkan hasil positif seperti yang diharapkan. Semoga ketekunan dan semangat ini akan berterusan untuk tahun 2009 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Tahun 2008 juga merupakan tahun yang agak menyedihkan dengan perpindahan beberapa rakan pensyarah. Saya pasti, ramai yang masih teringatkan suasana riuh rendah rakan-rakan bergurau senda. Walau apa pun, zaman berubah dan kita juga perlu berubah untuk kebaikan diri. Semoga kenangan manis bersama rakan-rakan akan tetap kekal dalam ingatan. Kepada rakan-rakan pensyarah Unit Pengurusan Pelancongan PJB yang telah berpindah, walaupun kita berjauhan, tidak bermakna persahabatan kita berakhir sampai di situ sahaja. Semoga persahabatan yang telah dibina sekian lama akan berkekalan sampai hunjung hayat. Akhir kata, saya mendoakan semoga kehadiran tahun 2009 akan memberikan keberkatan dan kehidupan lebih ceria dan bermakna untuk kita semua....
Terima kasih kepada kelab kerana memaparkan artikel ini.......
0 comments:
Catat Ulasan