Pihak kelab ingin mengucapkan selamat berkhidmat di tempat baru kepada Encik Danendran. Untuk maklumat semua, En Dan akan memulakan tugas sebagai Pegawai Takbir Diplomatik pada 24 April 2009. Walaupun baru setahun bersama Unit Pengurusan Pelancongan, segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan amatlah dihargai. Warga kelab berharap agar En Dan sentiasa mengingati kami di PJB.
Sempena dengan itu, satu majlis perpisahan telah diadakan oleh rakan-rakan pensyarah Unit Pengurusan pelancongan pada 22 April yang lalu. Majlis turut disertai oleh Ketua Jabatan iaitu Tn Syed.
0 comments:
Catat Ulasan