JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Khamis, Mei 21, 2009

Jangan lupa diri..

Kisah ini Moderator dapat tahu dari pensyarah unit yang telah menghadiri satu seminar di USM pada 19 & 20 Mei 2009 yang lalu. Sebelum itu, Moderator ingin meminta maaf jika artikel ini menyinggung mana-mana pihak. Tujuannya adalah untuk dijadikan pengajaran dan tauladan dan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Hendak dijadikan cerita, secara kebetulan seminar tersebut turut juga disertai oleh dua orang 'ex-student' PJB. Kebiasaannya, kalau kita bertemu semula kawan lama mestilah gembira...tetapi lain pula ceritanya. Yang seorang tu baik budi bahasanya kerana sudi menegur pensyarah-pensyarah walaupun terlupa nama pensyarah, tapi yang seorang lagi tu buat-buat tidak nampak walaupun tiada masalah penglihatan. Almaklumlah 'ex-student' berkenaan ini sudah bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Mungkin merasa dirinya sangat hebat sampai terlupa asal usul dirinya. Isk...isk...tidak patut..tidak patut. Kepada pelajar-pelajar yang lain, jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran dalam hidup. Tiada apa yang diharapkan oleh pensyarah daripada pelajar apabila sudah berjaya kelak...rasa sangat terharu apabila pelajar menunjukkan sikap budi bahasa apabila bertemu semula.

Sempena hari pendidik ni, Moderator mengucapkan 'Selamat Hari Pendidik' kepada semua pensyarah di Unit Pengurusan Pelancongan PJB. Tanpa pengorbanan dan tunjuk ajar (tanpa jemu) kalian semua siapalah kami....

Isnin, Mei 18, 2009

Syabas

Warga Kelab Pelancongan ingin mengucapkan TAHNIAH! kepada semua graduan Pengurusan Pelancongan, Jabatan Hospitaliti sempena Konvokesyen PJB ke-11. Semoga kejayaan anda semua menjadi inspirasi kepada rakan pelajar yang lain.

Anugerah Projek Terbaik Jabatan Hospitaliti Sesi Januari 2008:
Helmi Safuan Bin Muhammad
Norshapika Binti Azman
Noor Shafiqah Bte Abd Halim
Faezah Binti Yahaya
Siti Sarah Binti Hj Rosli
Norshazila Binti Mohamed Sharif
Masliana Binti Che Ibrahim
Nurulakmadiana Binti Zakaria
Nurul Syazwani Binti Abdullah


Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik Peringkat Jabatan Hospitaliti Kategori Diploma Sesi Januari 2008:
Helmi Safuan Bin Muhamad (DUP)

Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik Peringkat Jabatan Hospitaliti Kategori Sijil Sesi Januari 2008:
Hilmi Bin Kamaruddin (SUP)

Anugerah Pengarah Politeknik Kategori Sijil:
Hilmi Bin Kamaruddin (SUP)

Tahniah sekali lagi diucapkan.