Kisah ini Moderator dapat tahu dari pensyarah unit yang telah menghadiri satu seminar di USM pada 19 & 20 Mei 2009 yang lalu. Sebelum itu, Moderator ingin meminta maaf jika artikel ini menyinggung mana-mana pihak. Tujuannya adalah untuk dijadikan pengajaran dan tauladan dan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Hendak dijadikan cerita, secara kebetulan seminar tersebut turut juga disertai oleh dua orang 'ex-student' PJB. Kebiasaannya, kalau kita bertemu semula kawan lama mestilah gembira...tetapi lain pula ceritanya. Yang seorang tu baik budi bahasanya kerana sudi menegur pensyarah-pensyarah walaupun terlupa nama pensyarah, tapi yang seorang lagi tu buat-buat tidak nampak walaupun tiada masalah penglihatan. Almaklumlah 'ex-student' berkenaan ini sudah bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Mungkin merasa dirinya sangat hebat sampai terlupa asal usul dirinya. Isk...isk...tidak patut..tidak patut. Kepada pelajar-pelajar yang lain, jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran dalam hidup. Tiada apa yang diharapkan oleh pensyarah daripada pelajar apabila sudah berjaya kelak...rasa sangat terharu apabila pelajar menunjukkan sikap budi bahasa apabila bertemu semula.
Sempena hari pendidik ni, Moderator mengucapkan 'Selamat Hari Pendidik' kepada semua pensyarah di Unit Pengurusan Pelancongan PJB. Tanpa pengorbanan dan tunjuk ajar (tanpa jemu) kalian semua siapalah kami....
Sempena hari pendidik ni, Moderator mengucapkan 'Selamat Hari Pendidik' kepada semua pensyarah di Unit Pengurusan Pelancongan PJB. Tanpa pengorbanan dan tunjuk ajar (tanpa jemu) kalian semua siapalah kami....
0 comments:
Catat Ulasan