Pada 15 dan 16 Julai yang lepas, seramai lebih kurang 30 orang pensyarah dari unit Pengurusan Pelancongan dan Unit Pengurusan Hotel & Katering telah menghadiri Kursus Pembangunan Homestay. Kursus tersebut telah diadakan di Jati Inn, PJB.
Pihak Jabatan Hospitaliti telah menjemput Encik Mohd Hatta Bin Said (MTPN Negeri Sembilan) dan Encik Mohd Isa Bin Abdul Halim (MTPN Negeri Selangor) sebagai penceramah bagi kursus tersebut.
Kursus yang dianjurkan itu telah banyak membantu pensyarah-pensyarah untuk lebih mendalami perusahan Homestay yang dijalankan di Negeri Sembilan dan Negeri Selangor. Pihak Jabatan juga akan menganjurkan satu lawatan selama 2 hari 1 malam ke salah sebuah homestay di Negeri Sembilan pada bulan Oktober nanti, dalam usaha memberi pengalaman kepada para pensyarah.
0 comments:
Catat Ulasan