JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Isnin, Oktober 12, 2009

Endau-Rompin Challenge


Tahniah diucapkan kepada AJK kelab kerana telah berjaya menganjurkan satu ekspidisi ke Air Terjun Buaya Sangkut (ATBS), Endau-Rompin, Johor.

Program yang berlangsung pada 02.10.2009 hingga 04.10.2009 telah disertai oleh 29 orang pelajar Pengurusan Pelancongan. Manakala 4 orang pensyarah pengiring iaitu En. Azam, En. Azizan, Cik Zauyani dan Pn. Avelyn telah ditugaskan untuk memantau perjalan program tersebut.

Perjalan bermula pada pukul 8.30 pagi. Setibanya di Pekan Kahang, Kenderaan pacuan empat roda telah sedia menunggu peserta. Setelah selesai urusan pendaftaran, peserta telah diagihkan untuk menaiki pacuan empat roda ke Kampung Peta. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam sangat mencabar kerana jalan tanah merah yang dilalui rosak teruk akibat hujan. Dari kampung Peta, peserta perlu menaiki bot ke kuala jasin dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Pengalaman menolak bot lebih dari 5 kali akan menjadi kenangan manis buat peserta dan pensyarah pengiring. Perjalanan diteruskan dengan merentas hutan ke tapak perkhemahan Kuala Marong. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam cukup memenatkan setalah pelbagai rintangan dilalui. Di Kuala Marong, peserta mendirikan khemah dah memasak untuk makan malam. Pada sebelah malamnya, peserta telah diberi taklimat oleh jurupandu mengenai perjalanan aktiviti keesokan harinya.

Program bermula seawal pukul 5.30 pagi dimana peserta perlu memasak untuk sarapan dan makan tengahari. Perjalanan ke ATBS bermula pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan mangambil masa 4 jam lebih untuk sampai ke ATBS. Perjalanan amat mencabar dan peserta terpaksa mendaki sepanjang perjalanan.Walaumacamanapun, segala kepenatan hilang setelah melihat keindahan pemandangan di ATBS. Perserta telah diberi masa selama 45 minit untuk berehat sebelum memulakan perjalanan pulang ke tapak perkhemahan. Kesemua peserta telah sampai ke tapak perkhemahan pada pukul 5.00 petang.Setelah makan malam, peserta mengambil peluang berehat sepanjang malam.

Pada keesokaknnya perjalanan pulang bermula pukul 9 pagi dan peserta tiba di Kampung Peta pada pukul 12.00 tengahari. Peserta telah dibawa melawat perkampungan orang asli di Kampung Peta. Pada pukul 12.30 tengahari peserta menaiki pacuan empat roda ke Pekan Kahang dan menaiki bas PJB untuk pulang ke PJB. Peserta telah selamat sampai di PJB pada pukul 6.00 petang.

3 comments:

  1. apakah perasaan saya apabila dapat menyertai aktiviti ini ?

    em .. perasaan agak bercampur baur , sedih , gembira , geram , teruja , unsatisfied , curious , bangge gile . kesimpulannya , agak pelik jugak .

    lepas ni buat trip maen air plak .
    jalan jalan atas angin ke .
    or , em .. ap yea , abaikan .


    p/s : kepada bapak ayam , sila jauhi aku . takot woo !!

    BalasPadam
  2. lordOFkingkornkaiken.

    1 je xbez kat ctu. PACAT!!!!! ei...yeak.. i can't imagine anymore. wai. pas ni aku uat pakej rafting wei. sem dpn join ramai2 k. ngah tnggu proposal ktoang ni kne approve. lmbat gler.

    papepun camping hr tu mmg bez. tahniah husnee. haha.

    BalasPadam
  3. blew display pic y atas nk tukar pic msew g endau-rompin??

    BalasPadam