Pada 27hb Januari 2010, satu Majlis Suaikenal dan Pemilihan AJK Kelab Pelancongan untuk sesi Jan 2010 telah diadakan dengan jayanya. Majlis ini diadakan untuk semua pelajar program Pengurusan Pelancongan yang mana bertempat di Dewan Besar Politeknik Johor Bahru bermula pada jam 1.30 petang. Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar mengenali sesama mereka, disamping untuk memperkenalkan AJK Kelab Pelancongan Sesi Julai 2009 dan seterusnya membuat pemilihan AJK baru Kelab Pelancongan untuk sesi Januari 2010 pada akhir majlis. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Hilmi Bin Kamaruddin (DUP6B) dan diikuti dengan ucapan daripada Ketua Program Pengurusan Pelancongan, Tuan Syed Shikh Bin Syed A. Kadir, yang mana seterusnya merasmikan majlis ini.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penasihat Kelab Pelancongan, En. Mohd Azizan Bin Ag Nordin dan penerangan daripada Pengerusi Kelab Pelancongan sesi Julai 2009, Husnee Bin Hashir (DUP6B), mengenai Kelab Pelancongan Politeknik Johor Bahru. Aktiviti seterusnya adalah persembahan montaj aktiviti Kelab Pelancongan yang lepas, makluman aktiviti yang dirancang sepanjang sesi Jan 2010, persembahan daripada setiap kelas dan aktiviti dalam kumpulan.
Sebelum majlis berakhir, pemilihan AJK baru Kelab Pelancongan untuk sesi Jan 2010 telah diadakan. Pelajar yang telah dipilih adalah Mohd Ezuan Nurul Hisya, DUP5B (Pengerusi), Nurfatin Amalia Bt Mohamad Yasin, DUP2B (Timbalan Pengerusi 1), Mohd Jeffry Bin Zainuddin, DUP5B (Timbalan Pengerusi 2), Nor Azanatul Aidawati Binti Khamis, SUP2 (Setiausaha) dan Nur Amirah Binti Ismail, SUP2 (Bendahari). Pelantikan ketua-ketua biro juga dilakukan selepas itu. Majlis ini berakhir pada jam 5.30 petang. Pihak AJK Kelab Pelancongan mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pelajar Program Pengurusan Pelancongan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga Kelab Pelancongan akan bertambah aktif menjalankan aktiviti untuk sesi Jan 2010 ini dengan adanya sokongan daripada semua pihak terutamanya Pengarah Politeknik Johor Bahru. Amin..
Tahniah.... semoga kelab akan lebih aktif
BalasPadamTourism Club is back! Congratulation to JH PJB Tourism Club. Let's rock this year with flying colours and most enjoyable moment. ;)
BalasPadamWhy not buat lawatan ke Kementerian Pelancongan Malaysia (Pusat Pelancongan Malaysia) untuk pengalaman selain pengetahuan dalam bidang pelancongan. Untuk maklumat lanjut boleh hibungi Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Malaysia di 03-4043 0462
BalasPadam