JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Isnin, April 12, 2010

Go Green: Program Pembersihan Hutan Paya Bakau


Semua pelajar & staf PJB dialu-alukan untuk menyertai aktiviti Go Green: Program Pembersihan Hutan Paya Bakau di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor pada 17 April 2010 (Sabtu) anjuran pelajar MICE Management: program DUP3 sesi Januari 2010. Jumlah peserta terhad 60 orang sahaja. Pendaftaran penyertaan dibuka pada 15 April 2010 (Khamis) di Galeri Jabatan Hospitaliti, PJB dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Segala butiran aktiviti akan diketahui pada hari Khamis tersebut & melalui helaian yang akan diterima untuk bakal peserta. Selain pendaftaran, beberapa pameran bertemakan Go Green juga akan dibuka untuk pengunjung pada 15 April 2010, antaranya ialah pameran dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana & daftarlah segera untuk Program Go Green kami di Tanjung Piai!!

 Go Green: Program Pembersihan Hutan Paya Bakau 
Tarikh: 17 April 2010 (Sabtu)
Jam: 8 pagi - 5 petang
Tempat: Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor
Koleksi Gambar: [ klik sini ]

 Pendaftaran & Pameran Go Green
Tarikh: 15 April 2010 (Khamis)
Jam: 8 pagi - 5 petang
Tempat: Galeri Jabatan Hospitaliti
Koleksi Gambar: [ klik sini ]

* Terbuka buat semua pelajar & staf PJB. Terhad 60 orang peserta sahaja. First come first served!

1 comments:

  1. saya Abdul Hadi Bin Abdullah (DUP 3) selaku Pengarah Program sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua pada hari tersebut dan sama-sama menjayakan dan memeriahkan PROGRAM GO GREEN 2010.Sekian, terima kasih.

    BalasPadam