JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Jumaat, April 06, 2012

Karnival Hospitaliti 2012 - Kek Gulung Terpanjang Malaysia

Swiss Roll - Banner Panjang (2x6 kaki) - maggi

5 April 2012 - JPH berjaya memecah rekod baharu dalam penghasilan kek gulung (Swiss roll) terpanjang di Malaysia, percubaan ini disahkan oleh The Malaysia Book of Records (MBR). Secara rasmi, pengesahan rekod baharu itu dibuat oleh Y.B. Datuk Munusamy A/L Mareemuthu, ADUN Permas dengan menandatangani sijil MBR di pentas utama atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang disaksikan oleh Pengarah PIS, Tuan Haji Azizi Lin dan wakil Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Kek gulung terpanjang ini dibuat sempena Karnival Hospitaliti 2012 anjuran Program Pengurusan Hotel & Katering JPH. Beberapa aktiviti pelajar diadakan seperti Pameran Inovasi Makanan oleh pelajar DHK6, Pameran Interpretasi Pelancongan oleh pelajar DUP6 dan Pertandingan JPH English Day.

Bagi pelajar DUP6, pameran untuk H5049 : Tourism Attraction Management Project adalah berdasarkan hasil kajian mencipta inovasi bahan dan program berbentuk interpretasi pelancongan di destinasi pelancongan terpilih iaitu Sarang Buaya Pasir Gudang, Zoo Johor dan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Maklumat lanjut sila muat turun 'Laporan Karnival Hospitaliti 2012' [ klik sini ] dan galeri gambar sepanjang karnival berlangsung [ klik sini ].

0 comments:

Catat Ulasan