
Gunung Setong atau turut dikenali sebagai Gunung Stong, terletak di daerah Dabong, dalam jajahan Gua Musang, Kelantan Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ianya terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong dan berhampiran dengan air terjun Jelawang (antara yang tertinggi di Asia!). Seperti gunung-gunung yang lain, ia masih diliputi dengan alam semulajadi yang belum tercemar. Di puncak gunung, pendaki berpeluang melihat permandangan matahari terbit atau terbenam sekaligus membuatkan pengalaman pendakian sangat bermakna.
Dalam usaha menggalakkan ahli terlibat dalam aktiviti rekreasi, XPDC Gunung Stong akan dianjurkan oleh kelab pada 4-6 April 2008. Peserta yang akan telibat dalam aktiviti ini adalah terdiri daripada pelajar semester 1 hingga 6. Harapan kelab agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jaya dan akan menjadi satu program tetap pada setiap semester.

0 comments:
Catat Ulasan