1 Mac (Sabtu) lalu, kelab telah menjalankan satu lawatan ilmiah di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Peserta yang terlibat dalam lawatan ini adalah di kalangan pelajar 1 hingga 6. Sambutan yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan. Beberapa tempat lawatan telah dikunjungi iaitu Muzium Johor Bahru, Zoo Johor Bahru dan aktiviti riadah di Danga Bay. Objektif lawatan telah dapat dicapai berdasarkan respon yang baik daripada para peserta yang terlibat di mana mereka menperolehi input dan pengalaman yang berguna untuk digunakan semasa sesi pembelajaran di bilik kuliah kelak. Syabas kepada AJK Lawatan atas kejayaan menjalankan program yang dirancang dengan lancar mengikut itenarari yang telah ditetapkan.

0 comments:
Catat Ulasan