Pelajar SUP4 telah bekerjasama dengan Tadika Addin bagi mengajurkan Majlis Konvokesyen Tadika Addin yang ke-2. Majlis tersebut telah berlangsung pada 8 November 2008 bertempat di Dewan Tertutup Komplek Pasir Gudang. Para pelajar Tadika Addin yang berumur antara 4 hingga 6 tahun telah mempersembahkan pelbagai persembahan menarik seperti Ikrar Pelajar, Pakaian Beragam, Nyanyian, Tarian, Pentomen dan Bercerita. Majlis juga turut diserikan lagi dengan tayangan montaj yang dihasilkan oleh pelajar SUP4. Majlis Konvokesyen tersebut telah dirasmikan oleh Cik Puan Norbiha Binti Buang, Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis juga turut dihadiri oleh Tn. Syed Sheikh selaku Ketua Jabatan Hospitaliti. Kelancaran majlis yang dianjurkan telah mendapat pujian dari pelbagai pihak. Warga Kelab Pelancongan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SUP4 kerana telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan majlis tersebut. Segala tunjuk ajar, sumbangan idea dan sokongan yang diberikan Puan Zaiton dan Puan Maria amatlah dihargai...... Khamis, November 13, 2008
Pengurusan MICE : SUP 4
Pelajar SUP4 telah bekerjasama dengan Tadika Addin bagi mengajurkan Majlis Konvokesyen Tadika Addin yang ke-2. Majlis tersebut telah berlangsung pada 8 November 2008 bertempat di Dewan Tertutup Komplek Pasir Gudang. Para pelajar Tadika Addin yang berumur antara 4 hingga 6 tahun telah mempersembahkan pelbagai persembahan menarik seperti Ikrar Pelajar, Pakaian Beragam, Nyanyian, Tarian, Pentomen dan Bercerita. Majlis juga turut diserikan lagi dengan tayangan montaj yang dihasilkan oleh pelajar SUP4. Majlis Konvokesyen tersebut telah dirasmikan oleh Cik Puan Norbiha Binti Buang, Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis juga turut dihadiri oleh Tn. Syed Sheikh selaku Ketua Jabatan Hospitaliti. Kelancaran majlis yang dianjurkan telah mendapat pujian dari pelbagai pihak. Warga Kelab Pelancongan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SUP4 kerana telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan majlis tersebut. Segala tunjuk ajar, sumbangan idea dan sokongan yang diberikan Puan Zaiton dan Puan Maria amatlah dihargai...... Latihan Amali Memancing
Pada 23 Oktober yang lalu, pelajar semester 2 Pengurusan Pelancongan telah menjalankan latihan amali memancing di Tasik Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Bagi memeriahkan suasana, pensyarah-pensyarah modul yang terdiri daripada En. Kamal, En. Fahimdin, En. Afendi, En. Khairul, En. Danendran dan En. Azamrul telah menganjurkan latihan amali ini dalam bentuk pertandingan memancing. Tiga ketegori yang dipertandingan iaitu Tangkapan Terpantas Individu, Tangkapan Terberat Individu dan Tangkapan Terbanyak Berkumpulan. Untuk makluman semua, ikan seberat 5.85kg yang berjaya dipancing oleh saudari Nor Azurin dari DUP 2A telah diistiharkan sebagai Tangkapan Terberat Individu. Sebanyak 63 ekor ikan telah berjaya dipancing dalam masa tiga jam pertandingan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pensyarah-pensyarah modul. Pihak kelab mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang. Tidak lupa juga kepada pensyarah modul yang begitu sporting bagi menjayakan pertandingan ini.....Isnin, November 10, 2008
Maklumat XTVT pelajar....
AJK Buletin ingin memohon jasa baik semua pihak terutama wakil kelas yang menganjurkan apa-apa program pelajar seperti modul Pengurusan MICE, Pelancongan Rekreasi dan Pelancongan Malaysia untuk menghantar ulasan program dan gambar-gambar untuk dipaparkan dalam blog kelab pelancongan. Untuk menghantar maklumat-maklumat berikut, sila hubungi AJK Buletin atau En Azamrul. Kerjasama dan sumbangan anda semua amat kami hargai.
Selamat Bertugas.....
Warga Kelab Pelancongan ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada En. Yaziz dan Pn. Dayang. Untuk makluman semua, kedua-dua pensyarah ini telah memulakan tugas sebagai pensyarah di UITM Kuching pada 3 November 2008. Pihak Kelab ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan dan sumbangan mereka kepada Kelab Pelancongan. Kami mendoakan kejayaan En. Yaziz dan Pn. Dayang. Jangan lupa kami di PJB......
Langgan:
Catatan (Atom)
