JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Khamis, November 13, 2008

Latihan Amali Memancing

Pada 23 Oktober yang lalu, pelajar semester 2 Pengurusan Pelancongan telah menjalankan latihan amali memancing di Tasik Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Bagi memeriahkan suasana, pensyarah-pensyarah modul yang terdiri daripada En. Kamal, En. Fahimdin, En. Afendi, En. Khairul, En. Danendran dan En. Azamrul telah menganjurkan latihan amali ini dalam bentuk pertandingan memancing. Tiga ketegori yang dipertandingan iaitu Tangkapan Terpantas Individu, Tangkapan Terberat Individu dan Tangkapan Terbanyak Berkumpulan. Untuk makluman semua, ikan seberat 5.85kg yang berjaya dipancing oleh saudari Nor Azurin dari DUP 2A telah diistiharkan sebagai Tangkapan Terberat Individu. Sebanyak 63 ekor ikan telah berjaya dipancing dalam masa tiga jam pertandingan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pensyarah-pensyarah modul. Pihak kelab mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang. Tidak lupa juga kepada pensyarah modul yang begitu sporting bagi menjayakan pertandingan ini.....

0 comments:

Catat Ulasan