JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Khamis, November 13, 2008

Pengurusan MICE : SUP 4

Pelajar SUP4 telah bekerjasama dengan Tadika Addin bagi mengajurkan Majlis Konvokesyen Tadika Addin yang ke-2. Majlis tersebut telah berlangsung pada 8 November 2008 bertempat di Dewan Tertutup Komplek Pasir Gudang. Para pelajar Tadika Addin yang berumur antara 4 hingga 6 tahun telah mempersembahkan pelbagai persembahan menarik seperti Ikrar Pelajar, Pakaian Beragam, Nyanyian, Tarian, Pentomen dan Bercerita. Majlis juga turut diserikan lagi dengan tayangan montaj yang dihasilkan oleh pelajar SUP4. Majlis Konvokesyen tersebut telah dirasmikan oleh Cik Puan Norbiha Binti Buang, Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis juga turut dihadiri oleh Tn. Syed Sheikh selaku Ketua Jabatan Hospitaliti. Kelancaran majlis yang dianjurkan telah mendapat pujian dari pelbagai pihak. Warga Kelab Pelancongan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SUP4 kerana telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan majlis tersebut. Segala tunjuk ajar, sumbangan idea dan sokongan yang diberikan Puan Zaiton dan Puan Maria amatlah dihargai......

0 comments:

Catat Ulasan