JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Isnin, Jun 01, 2009

Kepada pelajar-pelajar: Buktikan ianya benar....

Politeknik Bukan Institusi Pengajian Kelas Kedua - Saifuddin

KUANTAN, 28 Mei (Bernama) -- Tanggapan kononnya politeknik adalah institusi pengajian kelas kedua haruslah dikikis dari minda pelajar institusi itu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, walaupun institusi pengajian berkenaan tidak menawarkan program ijazah seperti oleh universiti atau kolej, namun kursus-kursus diploma dan sijil yang ditawarkan di situ adalah bermutu tinggi.

"Masyarakat jangan sesekali melihat pendidikan dan latihan teknikal yang ditawarkan oleh politeknik sebagai kelas kedua sebaliknya melihat sebagai satu lagi pilihan yang disediakan untuk pelajar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini hari ini.

Saifuddin berkata perkara itu terbukti apabila lepasan politeknik juga mendapat kepercayaan di kalangan pihak industri untuk diserap dalam sektor tersebut.

"Kursus-kursus yang ditawarkan oleh politeknik sangat profesional dan graduan daripada politeknik lazimnya mudah mendapat pekerjaan," katanya.

Justeru, katanya, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia seharusnya menjadikan politeknik sebagai pilihan utama mereka selain universiti untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

-- BERNAMA

1 comments: