JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Selasa, Oktober 30, 2012

iCe Carnival 2012 & Temuduga Terbuka

ICE Carnival 2012

iCe Carnival 2012 diadakan pada 30-31 Oktober 2012 bertempat di Dewan Serbaguna PIS dengan pengisian beraneka jenis pameran berteraskan inovasi, kerjaya dan keusahawanan, oleh warga PIS dan organisasi luar. JKM menjadi urusetia bagi anjuran kali ke-2 ini.

Terdapat 3 kumpulan pelajar DHK6 dan 3 kumpulan pelajar DUP6 mempamerkan hasil kreatif produk inovasi mereka di ruang legar tengah dewan. Pameran mereka ini berdasarkan pertandingan MyInovasi2012 seliaan Pn. Azila dan semua pensyarah kursus Projek Akhir semester 6. Manakala demonstrasi 'food carving' oleh pelajar DHK seliaan Pn. Nor Marlina dipilih untuk dipertontonkan di atas pentas dewan. Penyelaras iCe Carnival 2012 (JPH) ialah Pn. Zaiton manakala jamuan VIP diurus oleh En. Amin dan Pn. Rut.

Bagi pelajar semester akhir DHK6/DUP6 JPH dan pelajar PIS, anda dijemput untuk menghadiri  temuduga terbuka  di pejabat JPH pada 30 Oktober 2012. Antara panel industri yang bersetuju menjalankan sesi temuduga itu ialah Pulai Springs Resort dan Infotrade. Hadir jangan tak hadir! Tak salah untuk anda mencuba bagi mengetahui 'kebolehpasaran' anda di luar sana. Jangan lupa bawa  RESUME  untuk sesi tersebut. Sila berjumpa dengan Cik Fatimah (wakil Unit Kerjaya JPH), Pn. Fazira (hotcat) dan Pn. Ean Na (tourism) untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Catat Ulasan