JPHPIS - Tourism Club Banner Dec 2011

Sample text

Semua pensyarah & pelajar Pengurusan Pelancongan JPH PIS dipelawa untuk menyiarkan makluman aktiviti-aktiviti pelajar dalam laman web ini. Sila berjumpa En. Mohd. Rezal b. Miskam di pejabat Program Pengurusan Pelancongan JPH PIS untuk berurusan. Terima kasih.

Rabu, Oktober 24, 2012

PIS (JPH) Menang di Anugerah Pelancongan Johor 2012


Johor Tourism Award 2012

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dinobatkan sebagai pemenang anugerah kategori 'Best Tourism Education and Training Provider' di Anugerah Pelancongan Johor 2012 pada 24 Oktober 2012 di Persada Johor. PIS membawa pulang trofi berbentuk menara Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor beserta sijil. Anugerah disampaikan kepada Pengarah PIS Tuan Hj. Azizi Bin Lin. Turut hadir ialah Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Hjh. Rosnah Binti Rahmat, Ketua Program Pengurusan Hotel & Katering dan Pengurusan Pelancongan, Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi serta staf JPH.

PIS bersaing dengan Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) bagi kategori yang sama. Penilaian anugerah telah dilakukan di Pulai Springs Resort, Skudai, Johor seminggu sebelum malam anugerah berlangsung. PIS antara yang dicalon-pendekkan, dengan mengetengahkan produk Poly-Cuisine dan Poly-Travel dibentangkan oleh En. Mohd. Amin Bin Zakaria dan Pn. Nur Hidayah Binti Zulkifli.

Pada malam itu, Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah memperkenalkan sebuah lagu rasmi pelancongan negeri Johor. Lagu tersebut ditulis oleh komposer Ajai dan dinyanyikan oleh Naib Juara MyStarz LG musim ke-2, Wana anak kelahiran negeri Johor. Tajuk lagu dan pra-dengar lagu akan diberitahu dan diletakkan link di blog ini tidak lama lagi. ~ Laporan penuh oleh Cik Nor Akashah Kassim [ klik sini ]


Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Pelancongan Johor 2012:

 
A. ACCOMODATION CATEGORY 

Diamond Award  For City Hotel (4/5 Stars )
Thistle Hotel
Diamond Award  (Resort Hotel) (4/5 Stars)
Pulai Springs Resort
Gems Award (City Hotel)(3 Stars)
Grand Bluewave Hotel
Pearl Awards (Budget Hotel)(Orchid Hotel / Budget Hotel)
Grand Sentosa Hotel Johor Bahru
 
 
B. RESTAURANT CATEGORY 
Clove Award
Qing Palace Restaurant 
Cardamon Award
Restaurant Rahmat Pasir Gudang
Golden Wok
Jade Garden Restaurant
 
 
C. TOURISM SERVICES CATEGORY 
Best Travel Agent
Prima Sierra Holidays
Best Tourist Guide  (City)
Tn. Hj. Suleiman bin Salleh
Best Tourist Guide (Nature)
N/A
 
 
D. TOURISM PRODUCT CATEGORY 
Eco –Tourism
N/A
Homestay
Homestay Kampung Sinaran Baru
Agrotourism
Nasuha Herbs & Spices
Golfer’s Choice
Nasuha Herbs & Spices
 
 
E. TOURISM OUTSTANDING CONTRIBUTOR CATEGORY 
Most Active Governmental Organization 
KEJORA
Most Active Non-Governmental Organization
Persekutuan Tionghua Johor Bahru
Best Tourism Education & Traning Provinder
 Politeknik Ibrahim Sultan 
 
 
F. TOURISM MAKETING & MEDIA CATEGORY 
Best Tourism Website
Kota Iskandar Website
Best Tourism Article (Print)
Gayathiri SK (Paradise at Tanjung Balau)
Best Johor Destination Photograh 
Lek Kah Meng
 
 
G. EVENTS CATEGORY 
Best International Event 
Festival Layang-Layang
Best Domestic Event
Kraf Malaysia Fair

~ Sumber: JohorTourism.com's news [ klik sini ]

0 comments:

Catat Ulasan